Saturday, 11 February 2017

Kuiz Dan Ulangkaji pembelajaran

Pada hari Rabu, 8/2/2017. Pensyarah kami iaitu Dr Puan Azlina tidak hadir, jadi kami diggantikan oleh pensyarah Puan Norhafizah. Kami menjalankan Kuiz bertulis yang ke-2 di bawah tajuk sistem pemilihan malaysia dan pilihan raya. Selepas itu, kami diberi tugas di dalam kumpulan untuk berbincang dan menyediakan bahan pembentangan untuk minggu hadapan. Sebelum perbincangan dilakukan, Puan Norhafizah telah memberi sedikit penerangan tentang cara membuka akaun kahoot. Tujuan akaun kahoot dibuka adalah untuk meletakkan soalan bagi setiap kumpulan tentang tajuk yang dibentangkan. Kemdian, soalan yang dibuat akan dijawab bersama sama sewaktu hari pembelajaran. 



Pn Norhafizah memberi penerangan.


Semasa penerangan tentang akaun kahoot dijalankan.


Selepas itu, Fitri mengagihkan tugas kepada ahli kumpulan untuk membuat slide pembentangan yang telah diberikan. Kumpulan kami mendapat tajuk 4,2 Dasar-dasar utama malaysia sehingga 4.2.3 Pelan integriti Nasional. Setiap ahli akan membentangkan slide yang di buat mengikut urutan tajuk yang diberikan. 


Fitri sedang mengagihkan tugas kepada setiap ahli kunpulan


                                         
Sewaktu perbincangan kumpulan dilakukan.

Tujuan aktiviti sewaktu membuka akaun kahoot adalah untuk menguji ingatan setiap pelajar tentang tajuk yang dipelajari.


                                                                                                            By, Natasha🙆