Tuesday, 21 February 2017

E-Folio (Tokoh)


TUN DR MAHATHIR MOHAMAD


KEKELUARGAAN

Keluarga besar Tun Dr Mahathir 

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Beliau dilahirkan pada 10 Julai 1925 dan didaftarkan pada 20 Disember 1925. Beliau merupakan anak bongsu daripada 9 adik-beradik dari pasangan Mohamed Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanapi.


Salasilah keluarga Tun Dr Mahathir

By, Natasha Arissa Binti Mohd Salleh


PENDIDIKAN


Latarbelakang Tun Dr Mahathir Mohamad 


By, Nurul syahirah syafilah binti Hasnuddin


KERJAYA
Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad
Dr Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak 1945. Apabila UMNO ditubuhkan pada 1946, beliau adalah salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli. Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar. Beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965. Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku. Pada 26 September 1969, Dr Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO.
Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir masuk semula ke dalam UMNO pada 7 Mac 1972 dan dilantik sebagai senator pada tahun 1973. Beliau bertanding di Kubang Pasu pada pilihan raya umum 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding. Selepas pilihan raya, Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak. Beliau memenangi salah satu daripada tiga kerusi naib presiden UMNO pada tahun 1975. Pada 1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia secara mengejut dan penggantinya Datuk Hussein Onn melantik Dr Mahathir sebagai timbalannya, sambil masih mengekalkan portfolio pendidikan yang disandangnya. Tidak lama selepas itu Tun Dr Mahathir menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian.
Masa Dr. Mahathir telah diumumkan sebagai pengganti Datuk Hussein Onn. Pada 10 Julai 1981 secara rasminya Dr. Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Keempat


Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein Onn mengumumkan persaraannya dan menamakan Dr Mahathir sebagai penggantinya. Pada 10 Julai, 1981 Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, dan lapan hari selepas itu sebagai Menteri Pertahanan. Pada 31 Oktober 2003 Dr Mahathir bersara dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai penggantinya. Dr Mahathir mengisytiharkan keluar daripada UMNO pada 19 Mei 2008.
By, Humetha


PENTADBIRAN DI BAWAH PEMERINTAHAN BELIAU


Dr. Mahathir digelar “Bapa Pemodenan Malaysia” dan merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003.

Pada tahun 1997, majalah Asiaweek telah menamakan Dr.Mahathir sebagai antara 50 individu yang paling berkuasa di Asia, dimana beliau menduduki tempat kedua dalam senarai yang dikeluarkan oleh majalah tersebut.

Dalam usaha melakar nama negara di arena antarabangsa, pelbagai projek gergasi telah diilhamkan oleh Dr. Mahathir. Antara yang terawal ketika beliau baru memegang jawatan sebagai Perdana Menteri ialah projek pengeluaran kereta proton melalui HICOM (Heavy Industries Corporation of Malaysia).



Image may contain: one or more people, people standing and car

(Tun Dr Mahathir melancarkan kereta pertama keluaran Malaysia iaitu Proton Saga pada tahun 1 September 1985)


Selain projek kereta nasional, satu lagi projek besar (mega project) yang beliau cetus ialah Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC). Projek ini ilhamkan dan direalisasikan memandangkan Dr. Mahathir telah sedar akan peri pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam dunia perdagangan masa kini dan masa depan.



Projek-projek besar yang dibangunkan dan direalisasikan semasa beliau menjadi ‘CEO’ Malaysia antaranya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Stadium Nasional Jalil, Litar Antarabangsa Sepang, tempat perlumbaan sukan permotoran berprestij, Formula One dan Menara Berkembar Petronas.




(Kuala Lumpur International Airport(KLIA) telah dibuka dan dirasmikan pada 27 Jun 1998 oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong)



Related image

(Stadium Bukit Jalil yang dibina pada 1 Januari 1995 dan telah siap sepenuhnya pada 1 januari 1998 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri -4 Tun dr Mahathir Mohamad)


Image result for litar antarabangsa sepang


(Litar sepang dibuka secara rasminya pada 9 Mac 1999 oleh bekas perdana menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad)


Image result for menara berkembar petronas

(Menara berkembar Petronas yang telah siap sepenuhnya pada tahun 1998)


Projek-projek ini secara tidak langsung berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara sedang membangun yang dikenali dunia. Malah corak pentadbiran dan ketegasan yang ditunjukkan oleh Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri menyebabkan negara ini disegani dunia.

Sepanjang tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah membawa Malaysia ke persada kecemerlangan. Malaysia telah melalui pelbagai pembaharuan fizikal, mental dan sosial. Malaysia telah menjadi negara yang disegani dan dihormati di pentas dunia. Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dikalangan negara-negara maju dunia. Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negara Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dunia. Warisan pusaka yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir dapat kita lihat berada di mana sahaja.


By, muhammad Fitri bin zainol



Kesihatan

Berikut merupakan garis masa kesihatan Tun Dr Mahathir yang pernah menjalani beberapa pembedahan sebelum ini




Terdapat beberapa rahsia  Tun Dr Mahathir mengekalkan dan menjaga kesihatan.

By, syahmi darizad


GARIS MASA




By, Roopakanthan