TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
KEKELUARGAAN
Keluarga besar Tun Dr Mahathir
Salasilah keluarga Tun Dr Mahathir
By, Natasha Arissa Binti Mohd Salleh
PENDIDIKAN
By, Nurul syahirah syafilah binti Hasnuddin
KERJAYA
![]() |
Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad |
Dr Mahathir telah bergiat aktif
dalam politik sejak 1945. Apabila UMNO ditubuhkan pada 1946, beliau adalah salah
seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli. Pada Pilihan Raya Ketiga
dalam tahun 1964, Dr Mahathir dipilih
sebagai Ahli Parlimen Kota Setar. Beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965. Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam Majlis
Tertinggi UMNO pada 12 Julai,
selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam suratnya,
beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku. Pada 26 September 1969, Dr Mahathir juga dipecat
keahliannya dalam UMNO.
Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir masuk semula ke dalam UMNO pada 7 Mac 1972 dan dilantik sebagai senator pada tahun 1973. Beliau bertanding di Kubang Pasu pada pilihan raya umum 1974, yang mana beliau
menang tanpa bertanding. Selepas pilihan raya, Dr Mahathir dilantik sebagai
Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak. Beliau memenangi salah satu
daripada tiga kerusi naib presiden UMNO pada tahun 1975. Pada 1976, Perdana Menteri Tun
Abdul Razak meninggal dunia secara mengejut dan penggantinya Datuk Hussein Onn melantik Dr Mahathir sebagai
timbalannya, sambil masih mengekalkan portfolio pendidikan yang disandangnya. Tidak lama selepas
itu Tun Dr Mahathir menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian.
![]() |
Masa Dr. Mahathir telah diumumkan sebagai pengganti Datuk
Hussein Onn. Pada 10 Julai 1981 secara rasminya Dr. Mahathir dilantik sebagai
Perdana Menteri Malaysia Keempat
|
Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk
Hussein Onn mengumumkan persaraannya dan menamakan Dr Mahathir sebagai
penggantinya. Pada 10 Julai, 1981 Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia
yang keempat, dan lapan hari selepas itu sebagai Menteri Pertahanan. Pada 31
Oktober 2003 Dr Mahathir bersara dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah
Badawi sebagai penggantinya. Dr Mahathir mengisytiharkan keluar daripada UMNO
pada 19 Mei 2008.
By, Humetha
PENTADBIRAN DI BAWAH PEMERINTAHAN BELIAU
Dr. Mahathir digelar “Bapa Pemodenan Malaysia” dan merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003.
Pada tahun 1997, majalah Asiaweek telah menamakan Dr.Mahathir sebagai antara 50 individu yang paling berkuasa di Asia, dimana beliau menduduki tempat kedua dalam senarai yang dikeluarkan oleh majalah tersebut.
Dalam usaha melakar nama negara di arena antarabangsa, pelbagai projek gergasi telah diilhamkan oleh Dr. Mahathir. Antara yang terawal ketika beliau baru memegang jawatan sebagai Perdana Menteri ialah projek pengeluaran kereta proton melalui HICOM (Heavy Industries Corporation of Malaysia).

(Tun Dr Mahathir melancarkan kereta pertama keluaran Malaysia iaitu Proton Saga pada tahun 1 September 1985)
Selain projek kereta nasional, satu lagi projek besar (mega project) yang beliau cetus ialah Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC). Projek ini ilhamkan dan direalisasikan memandangkan Dr. Mahathir telah sedar akan peri pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam dunia perdagangan masa kini dan masa depan.
Projek-projek besar yang dibangunkan dan direalisasikan semasa beliau menjadi ‘CEO’ Malaysia antaranya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Stadium Nasional Jalil, Litar Antarabangsa Sepang, tempat perlumbaan sukan permotoran berprestij, Formula One dan Menara Berkembar Petronas.

(Kuala Lumpur International Airport(KLIA) telah dibuka dan dirasmikan pada 27 Jun 1998 oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong)
(Stadium Bukit Jalil yang dibina pada 1 Januari 1995 dan telah siap sepenuhnya pada 1 januari 1998 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri -4 Tun dr Mahathir Mohamad)

(Litar sepang dibuka secara rasminya pada 9 Mac 1999 oleh bekas perdana menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad)
(Menara berkembar Petronas yang telah siap sepenuhnya pada tahun 1998)
Projek-projek ini secara tidak langsung berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara sedang membangun yang dikenali dunia. Malah corak pentadbiran dan ketegasan yang ditunjukkan oleh Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri menyebabkan negara ini disegani dunia.
Sepanjang tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah membawa Malaysia ke persada kecemerlangan. Malaysia telah melalui pelbagai pembaharuan fizikal, mental dan sosial. Malaysia telah menjadi negara yang disegani dan dihormati di pentas dunia. Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dikalangan negara-negara maju dunia. Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negara Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dunia. Warisan pusaka yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir dapat kita lihat berada di mana sahaja.
By, muhammad Fitri bin zainol
No comments:
Post a Comment