Tuesday, 24 January 2017

Perlembagaan Malaysia


Pada 18/1/17 hari rabu, Dr Puan Azlina mengadakan aktiviti bermain sambil belajar, iaitu permainan SAHIBA di bawah tajuk Perlembagaan Malaysia. Kami di bahagikan kepada empat kumpulan, Setiap kumpulan diberi masa 15 minit untuk berbincang tentang peta minda yang telah dibuat.


Contoh peta minda dari natasha.

Perbincangan kumpulan oleh natasha, shahirah, syahmi dan roopakantahan.

Selepas perbincangan selesai, setiap wakil dari setiap kumpulan akan pergi ke kumpulan lain untuk menjadi juri untuk mengadili permainan yang dijalankan. Haqeem dari kumpulan vice versa menjadi juri untuk kumpulan kami, manakala natasha menjadi juri untuk kumpulan vice versa.

Haqeem dari kumpulan vice versa menjadi juri untuk kumpulan kami.

Natasha menjadi juri untuk kumpulan vice versa.

Kami bermain SAHIBA selama satu jam setengah. Cara permainan dimainkan ialah setiap wakil mengajukan soalan tentang perlembagaan malasyia, jika ahli dapat menjawab soalan yang diberi barulah mereka dapat mencipta perkataan dari huruf yang diberikan. Soalan yang diajukan diambil dari hasil peta minda yang setiap pelajar telah buat, dan telah di hantar ke dalam CIDOS. Markah dikira dari nombor setiap huruf yang digunakan. Permainan di mainkan dengan baik oleh setiap ahli kumpulan.  

Semasa permainan sedang dijalankan.

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menguatkan daya ingatan setiap pelajar tentang tajuk yang dibincangkan dan dapat memupuk semangat kerjasama anatara kumpulan. 


                                                                                By, Natasha 🙆








               

Pahlawan TUAH


Kami pelajar dari Politeknik Metro Johor Bahru, Sesi disember 2016 kelas DLS 1A. 
Mata pelajaran Pengajian Malaysia. Pensyarah kami ialah Dr Puan Azlina. 
Ahli kumpulan ialah Tuah yang dianggotai oleh : 


✌  MUHAMMAD FITRI BIN ZAINOL
محمد فطري

Merupakan ketua bagi kumpulan Tuah. Seorang yang bertanggungjawab. Mampu melaksanakan tugas yang diberikan dengan sempurna. Mampu membimbing ahli yang lain dengan baik. Seorang yang suka mendaki gunung dan gunung yang paling tinggi pernah didaki adalah Gunung kinabalu. Banyak gunung yang saya dah tawan tapi hati awak susah untuk ditawan :') .


✌  NATASHA ARISSA BINTI MOHD SALLEH


(30DLS16F2010) Seorang yang tegas dan kuat bersaing. Sentiasa memberi pendapat dan idea idea untuk kumpulan. Rajin dan bertanggungjawab dalam melakukan tugas yang diberikan. Sangat sangat baik dan comel hahaha :p


✌  NURUL SYAHIRAH SHAFIKAH BINTI HASNUDDIN

(30DLS16F2032) Seorang yang rajin dan senang untuk bekerjasama dalam ahli kumpulan. Senang menerima pendapat orang lain. Mudah melaksanakan kerja yang diberikan. Sentiasa, menyokong pendapat orang lain.


✌  SYAHMI DARIDZAD BIN MOHAMAD



(30DLS16F2050) Seorang yang talk aktif  dan berpandangan luas. Selalu memberikan respons ketika belajar atau berbincang di dalam kumpulan. Menjadi penyeri kumpulan kerana banyak loya buruk dan sangat kelakar. 


✌  ROOPAKANTHAN A/L RAVICHANDER

(30DLS16F2024) Seorang uang pendiam. Tetapi sentiasa bersikap positif.  Mudah untuk berbincang ketika membuat kerja berkumpulan. Tetapi, kurang memberi pendapat ketika berbincang.

✌  HUMETHA A/P GUNASEELAN


(30DLS16F2036) Seorang yang rajin, dan mudah untuk berkerjasama. Mudah untuk bawa berbincang. Sentiasa melakukan tugas dengan baik apabila diamanahkan. Sentiasa berfikiran terbuka dan amanah.





By, Natasha & Fitri