Tuesday, 24 January 2017

Perlembagaan Malaysia


Pada 18/1/17 hari rabu, Dr Puan Azlina mengadakan aktiviti bermain sambil belajar, iaitu permainan SAHIBA di bawah tajuk Perlembagaan Malaysia. Kami di bahagikan kepada empat kumpulan, Setiap kumpulan diberi masa 15 minit untuk berbincang tentang peta minda yang telah dibuat.


Contoh peta minda dari natasha.

Perbincangan kumpulan oleh natasha, shahirah, syahmi dan roopakantahan.

Selepas perbincangan selesai, setiap wakil dari setiap kumpulan akan pergi ke kumpulan lain untuk menjadi juri untuk mengadili permainan yang dijalankan. Haqeem dari kumpulan vice versa menjadi juri untuk kumpulan kami, manakala natasha menjadi juri untuk kumpulan vice versa.

Haqeem dari kumpulan vice versa menjadi juri untuk kumpulan kami.

Natasha menjadi juri untuk kumpulan vice versa.

Kami bermain SAHIBA selama satu jam setengah. Cara permainan dimainkan ialah setiap wakil mengajukan soalan tentang perlembagaan malasyia, jika ahli dapat menjawab soalan yang diberi barulah mereka dapat mencipta perkataan dari huruf yang diberikan. Soalan yang diajukan diambil dari hasil peta minda yang setiap pelajar telah buat, dan telah di hantar ke dalam CIDOS. Markah dikira dari nombor setiap huruf yang digunakan. Permainan di mainkan dengan baik oleh setiap ahli kumpulan.  

Semasa permainan sedang dijalankan.

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menguatkan daya ingatan setiap pelajar tentang tajuk yang dibincangkan dan dapat memupuk semangat kerjasama anatara kumpulan. 


                                                                                By, Natasha ðŸ™†








               

No comments:

Post a Comment