Thursday, 26 January 2017

Sistem Pemilihan Malaysia & Pilihan Raya

Pada hari rabu, 25/1/2017, sama seperti minggu lepas, Kami menjalankan aktiviti belajar sambil bermain. Sebelum permainan dimulakan, Dr Puan Azlina telah menambah sedikit pengetahuan yang lebih dalam tentang tajuk Sistem Pemerintahan Malaysia dan Pilihan raya kepada kami. Setelah itu, Setiap kumpulan diberi satu jam untuk berbincang tentang tajuk yang diberikan sebelum permainan dimulakan.

Ahli kumpulan TUAH, Fitri, syahmi, natasha, roopakanthan dan humetha.

                                              
    Semasa perbincangan dijalankan dari ahli kumpulan Tuah.

                                              
Semasa perbincangan dijalankan dari semua ahli kumpulan yang lain iaitu, vice versa, kuasa siswa dan brilliant legacy.

Hasil perbincangan dari kumpulan TUAH

Setelah perbincangan selesai, seperti biasa setiap wakil dari kumpulan akan pergi ke kumpulan lain untuk menjadi juri dan mengadili permainan. Wakil kumpulan kami iaitu Roopakanthan telah pergi ke kumpulan Vice Versa, dan wakil kumpulan Vice Versa iaitu Veclinas menjadi juri untuk kumpulan kami. 


Ahli yang bermain semasa aktiviti dijalankan.

Perbezaan permainan kali ini ialah, Veclinas hanya memberi soalan dan pilihan jawapan. Kami diberi peluang sekali sahaja untuk menjawab soalan. Jika kami gagal menjawab, akan beralih ke soalan seterusnya. Soalan diambil dari hasil peta minda setiap pelajar yang dihantar ke CIDOS untuk bab Sistem Pemerintahan Malaysia dan Pilihan Raya. Soalan yang diajukan sebanyak 22 soalan dalam masa 30 minit. 

Hasil jawapan dan markah di CIDOS.

Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengukuhkan pengetahuan kami tentang tajuk yang dipelajari dan dapat mengeratkan sillaturahim antara ahli. 


                                                                     By, Natasha ðŸ™†

                                                                                                        
                    

No comments:

Post a Comment