Monday, 27 February 2017

E- Pembentangan

Tun Dr Mahathir



 Kekeluargaan Tun Dr Mahathir. By,
Natasha Arissa Binti Mohd Salleh 
( 30DLS16F2010)


Pendidikan Tun Dr Mahathir. By,
Nurul Syahira shafikah Binti Hasnuddin
(30DLS16F2032)


Kejayaan Tun Dr Mahathir. By,
Humetha A/P Gunaseelan
(30DLS16F3026)


Pentadbiran Tun Dr Mahathir. By , 
Muhamad Fitri bin Zainol
(30DLS16F2044)


Kesihatan Tun Dr Mahathir. By,
Syahmi Darizad Bin Mohamad
(30DLS16F2050)


Garis Masa Tun Dr Mahathir. By,
Roopakanthan A/L Ravichander
(30DLS16F2024)

Wednesday, 22 February 2017

Perbincangan tentang E-Folio


Pada 22/2/2017 hari Rabu, Dr, Puan Azlina memberi penerangan bagi cara penggunaan blog dan pendapat tentang blog-blog setiap kumpulan. Puan juga menyentuh pasal E-Folio yang setiap kumpulan harus memuat naik mengenai tokoh negara dalm blognya. Selepas ucapan Dr. Puan Azlina setiap kumpulan sedia bermula untuk mengemas kini E-Folio mereka dalam blog.

Masa Dr. Puan Azlina memberi penerangan tentang blog

Semua ahli kumpulan sedia berkumpul di depan PC untuk mengemas kini E-Folio dalam blog

Dr. Puan Azlina memanggil setiap kumpulan satu demi satu untuk memberi penerangan tentang E-Folio kumpulan masing-masing supaya bagaimana nak buat E-Folio itu dengan kreatif dan bermakna manakala kumpulan lain sibuk berbincang cara membuat E-folio.


Ini adalah kumpulan TUAH bersama dengan Dr. Puan Azlina masa perbincangan E-Folio


Ini adalah kumpulan BRILLIANT LEGACY membuat perbincangan tentang E-Folio dalam kumpulannya sendiri dengan ahli kumpulan

Ini adalah kumpulan BRILLIANT LEGACY membuat perbincangan tentang E-Folio dalam kumpulannya sendiri dengan ahli kumpulan

Di samping itu, Dr. Puan Azlina memanggil seorang wakil dari kumpulan Tuah untuk menunjukkan satu contoh bagaimana untuk melakukan persembahan E-Folio dan juga bagaimana untuk mengedit video itu kepada kumpulan-kumpulan lain.

Natasha Arissa sebagai ahli bertanggungjawab dalam kumpulan Tuah sanggup mewakil diri untuk membuat persembahan E-Folio

Tujuan aktiviti pada minggu ini dengan pensyarah tersayang kami adalah untuk meningkatkan daya pemikiran dalam mencari maklumat yang benar dan kemahiran dalam menggunakan blog. Kami dapat banyak manfaat dan pengetahuan daripada aktiviti minggu ini iaitu kami dapat mengetahui lebih dalam tentang tokoh-tokoh negara Malaysia kita.

Sekian Terima Kasih๐Ÿ˜˜

Disediakan oleh : Humetha A/P Gunaseelan









Tuesday, 21 February 2017

E-Folio (Tokoh)


TUN DR MAHATHIR MOHAMAD


KEKELUARGAAN

Keluarga besar Tun Dr Mahathir 

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Beliau dilahirkan pada 10 Julai 1925 dan didaftarkan pada 20 Disember 1925. Beliau merupakan anak bongsu daripada 9 adik-beradik dari pasangan Mohamed Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanapi.


Salasilah keluarga Tun Dr Mahathir

By, Natasha Arissa Binti Mohd Salleh


PENDIDIKAN


Latarbelakang Tun Dr Mahathir Mohamad 


By, Nurul syahirah syafilah binti Hasnuddin


KERJAYA
Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad
Dr Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak 1945. Apabila UMNO ditubuhkan pada 1946, beliau adalah salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli. Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar. Beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965. Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku. Pada 26 September 1969, Dr Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO.
Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir masuk semula ke dalam UMNO pada 7 Mac 1972 dan dilantik sebagai senator pada tahun 1973. Beliau bertanding di Kubang Pasu pada pilihan raya umum 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding. Selepas pilihan raya, Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak. Beliau memenangi salah satu daripada tiga kerusi naib presiden UMNO pada tahun 1975. Pada 1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia secara mengejut dan penggantinya Datuk Hussein Onn melantik Dr Mahathir sebagai timbalannya, sambil masih mengekalkan portfolio pendidikan yang disandangnya. Tidak lama selepas itu Tun Dr Mahathir menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian.
Masa Dr. Mahathir telah diumumkan sebagai pengganti Datuk Hussein Onn. Pada 10 Julai 1981 secara rasminya Dr. Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Keempat


Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein Onn mengumumkan persaraannya dan menamakan Dr Mahathir sebagai penggantinya. Pada 10 Julai, 1981 Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, dan lapan hari selepas itu sebagai Menteri Pertahanan. Pada 31 Oktober 2003 Dr Mahathir bersara dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai penggantinya. Dr Mahathir mengisytiharkan keluar daripada UMNO pada 19 Mei 2008.
By, Humetha


PENTADBIRAN DI BAWAH PEMERINTAHAN BELIAU


Dr. Mahathir digelar “Bapa Pemodenan Malaysia” dan merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003.

Pada tahun 1997, majalah Asiaweek telah menamakan Dr.Mahathir sebagai antara 50 individu yang paling berkuasa di Asia, dimana beliau menduduki tempat kedua dalam senarai yang dikeluarkan oleh majalah tersebut.

Dalam usaha melakar nama negara di arena antarabangsa, pelbagai projek gergasi telah diilhamkan oleh Dr. Mahathir. Antara yang terawal ketika beliau baru memegang jawatan sebagai Perdana Menteri ialah projek pengeluaran kereta proton melalui HICOM (Heavy Industries Corporation of Malaysia).



Image may contain: one or more people, people standing and car

(Tun Dr Mahathir melancarkan kereta pertama keluaran Malaysia iaitu Proton Saga pada tahun 1 September 1985)


Selain projek kereta nasional, satu lagi projek besar (mega project) yang beliau cetus ialah Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC). Projek ini ilhamkan dan direalisasikan memandangkan Dr. Mahathir telah sedar akan peri pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam dunia perdagangan masa kini dan masa depan.



Projek-projek besar yang dibangunkan dan direalisasikan semasa beliau menjadi ‘CEO’ Malaysia antaranya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Stadium Nasional Jalil, Litar Antarabangsa Sepang, tempat perlumbaan sukan permotoran berprestij, Formula One dan Menara Berkembar Petronas.




(Kuala Lumpur International Airport(KLIA) telah dibuka dan dirasmikan pada 27 Jun 1998 oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong)



Related image

(Stadium Bukit Jalil yang dibina pada 1 Januari 1995 dan telah siap sepenuhnya pada 1 januari 1998 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri -4 Tun dr Mahathir Mohamad)


Image result for litar antarabangsa sepang


(Litar sepang dibuka secara rasminya pada 9 Mac 1999 oleh bekas perdana menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad)


Image result for menara berkembar petronas

(Menara berkembar Petronas yang telah siap sepenuhnya pada tahun 1998)


Projek-projek ini secara tidak langsung berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara sedang membangun yang dikenali dunia. Malah corak pentadbiran dan ketegasan yang ditunjukkan oleh Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri menyebabkan negara ini disegani dunia.

Sepanjang tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah membawa Malaysia ke persada kecemerlangan. Malaysia telah melalui pelbagai pembaharuan fizikal, mental dan sosial. Malaysia telah menjadi negara yang disegani dan dihormati di pentas dunia. Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dikalangan negara-negara maju dunia. Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negara Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dunia. Warisan pusaka yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir dapat kita lihat berada di mana sahaja.


By, muhammad Fitri bin zainol



Kesihatan

Berikut merupakan garis masa kesihatan Tun Dr Mahathir yang pernah menjalani beberapa pembedahan sebelum ini




Terdapat beberapa rahsia  Tun Dr Mahathir mengekalkan dan menjaga kesihatan.

By, syahmi darizad


GARIS MASA




By, Roopakanthan

Saturday, 18 February 2017

Pembentangan group 1 & 2

Pada 15/2/2017 hari rabu , Dr Puan Azlina telah memberi arahan kepada semua kumpulan untuk membuat ulangkaji bab 3,4 dan berbincang dengan ahli kumpulan masing-masing tentang tajuk yang telah diberi . Pada minggu ini kumpulan Kuasa Siswa dan Brilliant Legacy telah membuat pembentangan tentang tajuk yang mereka telah pelajari.


Dr Azlina sedang memberi penerangan kepada kami tentang perkara yang perlu dibuat pada minggu akan datang . Beliau juga memberi sedikit nasihat yang sangat bermanfaat kepada kami semua agar kami sentiasa bertanggungjawab terhadap diri sendiri , sentiasa peka tentang kehadiran ke kelas pada setiap hari dan jangan suka mengambil mudah tentang kehadiran .


  Ahli kumpulan KUASA SISW

Semasa pembentangan dijalankan oleh kawan kita Shahirah Nadhirah.

 Iman Amin juga turut berkongsi ilmu yang telah dia pelajari

 Ini kawan kita Ruben yang malu-malu ketika membuat pembentangan heheh

 Farrahana dan hanafi sedang memberi penerangan tentang etnik monoriti dan Sabah & Sarawak .


             Semasa pembentangan dari ahli kumpulan KUASA SISWA dijalankan . Terdapat banyak ilmu yang mereka telah kongsikan dan menambahkan lagi pengetahuan kami .

Ahli kumpulan BRILLIANT LEGACY 

Amin Rafiq dan Farha Raudah sedang memberi penerangan 
yang sangat padat dan penuh informasi .



Semasa pembentangan dijalankan oleh Naida , Syamala dan Aliff .


Semasa pmbentangan oleh kumpulan BRILLIANT LEGACY sedang dijalankan . Dengan penuh semangat mereka memberi penerangan tentang tajuk yang mereka pelajari 


                  ketika Permainan Kahoot sedang berlangsung ..


kawan kita farrahana yang sedang fokus bermain kahoot heheheheh ๐Ÿ˜…


 Markah tertinggi iaitu Roopakhantan ketika bermain kahoot bagi tajuk kumpulan kuasa siswa. Syabas anak muda.


Markah tertinggi iaitu Arissa ketika bermain kahoot bagi kumpulan Brilliant Legacy. 

Tujuan pembentangan dan permainan kahoot ini diadakan adalah untuk meningkatkan lagi pengetahuan kami semua tentang perkara yang telah kami pelajari sebelum-sebelum ini . kerana dengan mengadakan permainan seperti ini kami lagi mudah memahami dan ingat . terima kasih ๐Ÿ’“๐Ÿ’—

Disediakan oleh : Nurul syahira shafikah bte hasnuddin .


Saturday, 11 February 2017

Kuiz Dan Ulangkaji pembelajaran

Pada hari Rabu, 8/2/2017. Pensyarah kami iaitu Dr Puan Azlina tidak hadir, jadi kami diggantikan oleh pensyarah Puan Norhafizah. Kami menjalankan Kuiz bertulis yang ke-2 di bawah tajuk sistem pemilihan malaysia dan pilihan raya. Selepas itu, kami diberi tugas di dalam kumpulan untuk berbincang dan menyediakan bahan pembentangan untuk minggu hadapan. Sebelum perbincangan dilakukan, Puan Norhafizah telah memberi sedikit penerangan tentang cara membuka akaun kahoot. Tujuan akaun kahoot dibuka adalah untuk meletakkan soalan bagi setiap kumpulan tentang tajuk yang dibentangkan. Kemdian, soalan yang dibuat akan dijawab bersama sama sewaktu hari pembelajaran. 



Pn Norhafizah memberi penerangan.


Semasa penerangan tentang akaun kahoot dijalankan.


Selepas itu, Fitri mengagihkan tugas kepada ahli kumpulan untuk membuat slide pembentangan yang telah diberikan. Kumpulan kami mendapat tajuk 4,2 Dasar-dasar utama malaysia sehingga 4.2.3 Pelan integriti Nasional. Setiap ahli akan membentangkan slide yang di buat mengikut urutan tajuk yang diberikan. 


Fitri sedang mengagihkan tugas kepada setiap ahli kunpulan


                                         
Sewaktu perbincangan kumpulan dilakukan.

Tujuan aktiviti sewaktu membuka akaun kahoot adalah untuk menguji ingatan setiap pelajar tentang tajuk yang dipelajari.


                                                                                                            By, Natasha๐Ÿ™†