Monday, 20 March 2017

15 Mac 2017

Isu-isu keprihatinan negara


Pada 15 Mac hari Rabu, Dr Azlina tidak dapat menghadiri kelas Pengajian Malaysia kerana ada kerja yang perlu dihabiskan oleh Dr Azlina. Kelas Dr Azlina digantikan oleh Pn Hafizah.Dalam kelas hari ini kami belajar tentang bab 5 iaitu bab yang terakhir dalam matapelajaran pengajian Malaysia.Pn Hafizah menerangkan kepada kami tentang Dasar Luar Malaysia , Dasar Malaysia,ASEAN,OIC,KOMANWEL,NAM dan PBB dengan jelas sekali.


                         
Komanwel

ASEAN


Pn Hafizah sedang membincangkan
tentang Dasar Malaysia kepada kami.
Beliau juga mampu mengkongsikan banyak peristiwa yang berlaku pada masa itu.



Puan telah mengkongsikan slide-slide yang mudah dan paling ringkas tentang Negara -Negara Bekas Penjajahan British (KOMANWEL).


Pn Hafizah sedang menjelaskan Pertubuhan Bangsa - bangsa Bersatu (PBB)


Pelajar - pelajar sedang memberikan tumpuan kepada Pn Hafizah yang sedang membincangkan tentang Pergerakkan Negara-negara Berkecuali ( NAM).

Kumpulan kita, iaitu; Kumpulan Tuah sedang memfokuskan tentang perbincangan Association Of Southeast Asian Nations (ASEAN).

Puan juga membincangkan tentang Organisation Of Islamic Conference.

Akhirnya,Puan mengkongsikan maklumat dan format tentang Peperiksaan Akhir Semester.Puan juga menasihatkan supaya tidak meniru dalam peperiksaan.

Secara konklusi, kelas yang dijalankan hari ini berjalan dengan lancar.Kami sangat memahami Bab 5 yang terakhir ini.Selain itu,kami juga mendapat tagu tentang format kertas peperiksaan Pengajian Malaysia.Harap kami mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan akhir semester kami.

By: ROOPAKANTHAN A/L RAVICHANDER


Monday, 6 March 2017

Pembangunan Negara Malaysia

Pada 1/3/2017 hari Rabu, Dr, Puan Azlina membincangkan berkaitan E-Folio  dan membuat semakan tentang blog-blog setiap kumpulan.  Selepas Dr. Puan Azlina menerangkan tentang blog. Semua pelajar diberikan tugasan untuk membuat peta minda dan membuat 10 soalan mengikut tajuk pembangunan negara



Pada ketika ini, Puan Dr Azlina sedang menerangkan tentang video E-Folio dan memberi pendapat bagaimana membuat video dengan baik seperti sudut pandangan yang jelas dan lontaran suara yang jelas untuk didengar.


Ketua kelas kami, iaitu Allif sedang memberi 2 helai kertas kertas kepada setiap pelajar yang digunakan untuk membuat peta minda dan membuat soalan. 


Puan Dr Azlina sedang menunjukkan Roopakanthan cara bagaimana untuk membuat peta minda dengan cara yang ringkas dan padat.


Seterusnya, mereka sedang berbincang dan mencari isi di buku teks Pengajian Malaysia untuk membuat peta minda dan soalan tentang pembangunan negara.

Kesimpulannya sudah terang lagi bersuluh segala yang dihuraikan di atas para pelajar dapat menguasai dalam membuat peta minda tentang Pembangunan Negara. Justeru, kami dapat menguasai ilmu yang telah dicurahkan oleh Puan Dr Azlina. Dengan itu kami amat beruntung kerana mendapat pensyarah seperti Puan Dr Azlina yang banyak memberi tunjuk ajar dan ddikan yang dapat difahami oleh para pelajar.


Sekian sahaja sampai disini, nanti kami ceritakan lagi ye. 
Assalammualaikum daripada saya Syahmi Darizad Bin Mohamad..