Pada ketika ini, Puan Dr Azlina sedang menerangkan tentang video E-Folio dan memberi pendapat bagaimana membuat video dengan baik seperti sudut pandangan yang jelas dan lontaran suara yang jelas untuk didengar.
Ketua kelas kami, iaitu Allif sedang memberi 2 helai kertas kertas kepada setiap pelajar yang digunakan untuk membuat peta minda dan membuat soalan.
Puan Dr Azlina sedang menunjukkan Roopakanthan cara bagaimana untuk membuat peta minda dengan cara yang ringkas dan padat.
Seterusnya, mereka sedang berbincang dan mencari isi di buku teks Pengajian Malaysia untuk membuat peta minda dan soalan tentang pembangunan negara.
Kesimpulannya sudah terang lagi bersuluh segala yang dihuraikan di atas para pelajar dapat menguasai dalam membuat peta minda tentang Pembangunan Negara. Justeru, kami dapat menguasai ilmu yang telah dicurahkan oleh Puan Dr Azlina. Dengan itu kami amat beruntung kerana mendapat pensyarah seperti Puan Dr Azlina yang banyak memberi tunjuk ajar dan ddikan yang dapat difahami oleh para pelajar.
Sekian sahaja sampai disini, nanti kami ceritakan lagi ye.
Assalammualaikum daripada saya Syahmi Darizad Bin Mohamad..
No comments:
Post a Comment